Monday, April 23, 2007

Elergik

Hari ini aku selsema dan batuk teruk kerana aku elergik pada habuk…
Tuan Doktor beri aku MC satu hari dan minta aku berehat…
Tuan Doktor pesan jangan makan buah dan minuman berais…
Tapi Tuan Doktor tidak tahu yang selain habuk aku juga elergik…
Aku elergik pada minum berais terutama tea ais mamak…
Elergik yang tidak mampu akan ku tinggalkan hehehehehe…

Sunday, April 22, 2007

Hujan Botol Air Mineral

“Din, kenapa kepala kau berbalut? kau jatuh ke?” Tanya Halim.

“Mana ada jatuh, kepala aku kena botol air mineral.” Ujar Din.

“Botal air mineral?” Halim kebinggungan.

“Aku pergi tangkap gambar kat Ijok hari tu” Kata Din.

“Oh, Ijok. Ajaib tempat tu. Tempat lain hujan turun air tapi kat sana hujan dia turun botol air mineral, Hahahahaha...” Halim ketawa.

“Aduh… sakitnya kepala ku” Din terus mengusap kepalanya yang berbalut.

Saturday, April 21, 2007

Klik-klik Duit Masuk

Prolog
“Hahahaha, aku kaya… aku kaya… senang saja aku dapat duit. Masuk sahaja RM5 ribu dalam masa 7 hari aku dapat RM10 ribu. Memang menguntungkan pelaburan melalui internet ini. Senang dah mudah. Klik-klik duit masuk. Hahahahaha” Kata Pak Man Telo dengan bangganya….

Epilog
“Ehh! Kenapa laman web ini tak boleh masuk, macam mana aku nak periksa keuntungan aku. Sudah 5 hari aku laman web ini bermasalah, banyak duit aku ini…” Pak Man Telo semakin gelisah…


Kedengaran di corong radio…

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelaburan internet tiada banyak berbeza dengan skim cepat kaya yang kononnya menawarkan pulangan tinggi dalam tempoh singkat, sebaliknya pelaburan hilang sekelip mata.

“Orang ramai perlu menimbangkan dua kriteria penting sebelum membuat pelaburan iaitu keselamatan pelaburan dan pelaburan mendatangkan hasil melalui dividen atau bonus yang munasabah,” Kata TPM.


“Alahai…!!! Aku kena lagi ke ni???” Keluh Pak Man Telo.

Friday, April 20, 2007

Hujan

Hujan turunlah lagi.

Isnin. Selasa. Rabu. Khamis. Jumaat

Hujan turun lagi. Aku amat suka apabila hujan turun. Sejuk. Nyaman. Tenang. Hatiku girang.

Teringat masa kanak-kanak. Bebas bermain di dalam hujan. Hingga menggigil. Hingga jari-jemari ku biru. Sanggup dirotan asalkan aku bebas bermain di dalam hujan.

Hujan membawa rahmat. Hujan membawa rezeki. Hujan membawa keluhan. Keluhan manusia. Manusia yang tidak puas dengan pemberian yang Maha Esa. Aku manusia. Aku amat suka apabila hujan turun. Aku ingin bebas.

Hujan turunlah lagi.

Thursday, April 19, 2007

Penat

Aku penat.

Penat melihat kerakusan bos-bos yang merampas wang titik peluh kakitangannya.

Penat melihat kebodohan bos-bos yang menghalalkan benda yang haram demi kepentingan diri.

Penat melihat ketidakadilan bos-bos yang menindas kakitangan yang bukan kroni mereka.

Aku penat.

Wednesday, April 18, 2007

"Menulis Untuk Bergembira"

Kata-kata hikmah pada mukasurat hadapan sebuah buku milik sahabat ku...

"Menulis Untuk Bergembira"

~ sinaganaga ~
http://sinaganaga.blogspot.com